Pages

Friday, September 24, 2010

psikologi-cerita katak kecil














Pada suatu hari sekumpulan katak kecil telah bermasyuarat untuk mendaki sebuah gunung yang sangat tinggi....
Peristiwa ini telah menarik perhatian ramai penonton kerana meraka tidak percaya kumpulan katak ini akan berjaya mendaki gunung tersebut.

::setelah perlumbaan bermula::
penonton mula berkerumun dilereng bukit dan kumpulan katak ini mula mendaki gunung yang sangat tinggi.
suara 1
secara jujur tida seekor katak pun akan berjaya mendaki gunung ini...!!!
suara 2
jalan tersebut terlalu susah dan sulit untuk didaki...mustahil mereka akan sampai kepuncak gunung...!!!
suara 3
tiada peluang untuk berjaya, kerana gunung ini terlalu tinggi mustahil untuk didaki...!!!

Terdengar sahaja suara daripada penonton katak-katak mula hilang tumpuan dan akhirnya berjatuhan ke lereng gunung tersebut. Namun masih juga ada katak-katak lain yang terus berusaha..
penonton terus bersorak lagi...

sangat sulit untuk didaki tiada seekor pun yang akan berjaya..!!!

katak-katak yang mendengar sorakan tersebut  pun mula berasa penat dan dan berjatuhan lagi...

Akhirnya katak-katak ini telah menyerah kalah, kecuali seekor katak kecil yang masih berusaha mendaki gunung tersebut. walaupun sorakan penonton semakin kuat terdengar, namun tidak dipedulikannya.
akhirnya katak kecil ini berjaya mendaki gunung tersebut.
para penonton terlalu hairan dan bertanya mengapa katak ini boleh berjaya mendaki gunung tersebut.
ternyata katak kecil ini adalah bisu dan tidak dapat mendengar suara sorakan penonton.



######

kata bijak pandai"
jangan pernah mendengar suara negatif atau premis dari orang lain.
kerana mereaka mampu meragut impian dan jauhkannya dari kita


dan kerana itu bersikap tulilah terhadap kata2 yang menjatuhkan kita dan tetaplah secara
 positif!!!
dan berfikir aku boleh melakukannya!!!

No comments:

Post a Comment